Penerbangan_17_Penerbangan_Malaysia
Penerbangan_17_Penerbangan_Malaysia

Penerbangan_17_Penerbangan_Malaysia

Penerbangan 17 Penerbangan Malaysia (MH17/MAS17), juga dikenali sebagai Penerbangan 4103 KLM (KL4103/KLM4103) melalui perkongsian kod, adalah sebuah penerbangan penumpang antarabangsa yang dijadual dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. Pesawat Boeing 777-200ER tersebut telah terhempas berdekatan Torez di Donetsk Oblast, Ukraine, kira-kira 40 km (25 batu) dari sempadan dengan Rusia[5] pada 17 Julai 2014. Semua 283 penumpang dan 15 anak kapal dalam pesawat tersebut maut.[6]Menurut laporan awal oleh pihak berkuasa Ukraine, pesawat ini telah ditembak jatuh oleh peluru berpandu permukaan ke udara jenis Buk oleh para pemisah bersenjata semasa berada pada ketinggian 10,000 meter (33,000 kaki).[7][8]Kejadian ini merupakan kejadian malang kedua bagi Penerbangan Malaysia, kira-kira empat bulan selepas peristiwa kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac 2014. Ia juga merupakan peristiwa terbesar penerbangan ini setakat ini; dengan 280 penumpang terlibat, kejadian ini melibatkan lebih ramai penumpang berbanding peristiwa MH370 yang melibatkan 227 penumpang.[9][10]

Penerbangan_17_Penerbangan_Malaysia

Tarikh 17 Julai 2014 (2014-07-17)
Kematian 298 (semua)
Pendaftaran 9M-MRD
Jenis pesawat Boeing 777-200ER
Destinasi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
Ringkasan Disyaki ditembak dengan peluru berpandu permukaan ke udara Buk;[1][2][3] punca sebenar masih dalam penyelidikan.[4]
Asal penerbangan Lapangan Terbang Schiphol
Penumpang 283
Anak kapal 15
Terselamat 0
Pengendali Penerbangan Malaysia
Tempat Dekat Hrabove, Donetsk Oblast, Ukraine
48°7′56″N 38°39′19″E / 48.13222°N 38.65528°E / 48.13222; 38.65528Koordinat: 48°7′56″N 38°39′19″E / 48.13222°N 38.65528°E / 48.13222; 38.65528

Rujukan

WikiPedia: Penerbangan_17_Penerbangan_Malaysia http://www.bendigoadvertiser.com.au/story/2426085/... http://www.theaustralian.com.au/in-depth/mh17/aust... http://www.cbc.ca/news/world/malaysia-airlines-fli... http://news.sina.com.cn/w/2014-07-18/170430543109.... http://www.aljazeera.com/news/europe/2014/07/repor... http://www.bbc.com/news/world-europe-28411225 http://www.bbc.com/news/world-europe-28413467 http://www.cnbc.com/id/101838653 http://edition.cnn.com/2014/03/27/world/asia/malay... http://www.flightradar24.com/data/flights/mh17/