Proses pemilihan Pengadil Piala Dunia FIFA 2010

Pada tahun 2007, Jawatankuasa Eksekutif FIFA telah menubuhkan Program Bantuan Pengadilan (Refereeing Assistance Programme - RAP) untuk menolong menyediakan pengadil-pengadil untuk mengadili perlawanan di dalam Piala Dunia 2010; 54 telah dipilih untuk menjadi kumpulan permulaan. Bulan-bulan berikutnya, mereka telah dinilai berdasarkan prestasi mereka pada kejohanan-kejohanan FIFA, seminar-seminar RAP dan di dalam liga tempatan mereka.[3] Pada bulan September 2008, 53 daripada 54 pengadil asal telah menghadiri seminar "Pengadil Elit/Elite Referee" di Zürich, Switzerland, di mana keupayaan teknikal, fisikal dan mental dianalisa.[4] The results were presented to the FIFA Referees' Committee, who preselected 38 trios of referees and their assistants on 22 October.[2]

Daripada kumpulan 38 ini, sepuluh regu – mewakili semua keenam-enam konfederasi – telah dipilih untuk mengadili Piala Konfederasi FIFA 2009, yang mana Afrika Selatan menjadi tuan rumah sebagai persediaan menghadapi Piala Dunia 12 bulan selepasnya.[5] Tugasan ini telah dilihat oleh FIFA sebagai sebahagian daripada penilaian para pengadil, untuk memastikan bahawa mereka bersedia menghadapi permintaan teknikal dan fizikal Piala Dunia di Afrika Selatan.[6]

30 regu pengadil akhir telah diumumkan pada mesyuarat Jawatankuasa Pengadil-Pengadil FIFA di Zürich pada 5 Februari 2010. Regu-regu ini telah dinilai dengan menggunakan kriteria sama seperti pemilihan asal.[1] Berikutan dengan pemilihan mereka, setiap pengadil melalui penilaian perubatan pra pertandingan FIFA (PCMA) di Schulthess Clinic di Zürich di antara 25 Februari dan 6 Mac.[7]

Walau bagaimanapun, pada 27 Mei 2010, dua pengadil – Carlos Amarilla dan Mohamed Benouza – serta penolong mereka telah disingkirkan daripada senarai akhir, berikutan kegagalan pengadil-pengadil berkenaan di dalam ujian-ujian kecergasan piawai, ujian-ujian yang sama seperti ujian yang diadakan di Zurich. Pengadil Uruguay Martín Vázquez dan penolongnya telah dipanggil sebagai regu pengganti. [8]

Rujukan

WikiPedia: Pengadil Piala Dunia FIFA 2010 http://www.fifa.com/confederationscup/media/newsid... http://www.fifa.com/confederationscup/news/newsid=... http://www.fifa.com/worldcup/news/newsid=1166086.h... http://www.fifa.com/worldcup/news/newsid=1180448.h... http://www.fifa.com/worldcup/news/newsid=1219660/i... http://www.fifa.com/worldcup/news/newsid=892530.ht... http://www.fifa.com/worldcup/organisation/media/ne... http://www.fifa.com/worldcup/organisation/media/ne... http://www.fifa.com/worldcup/referees/index.html