Pengairan

Pengairan atau irigasi (Bahasa Inggeris: irrigation) ialah kaedah pengaliran air di dalam tanah secara buatan yang bertujuan membantu pertumbuhan hasil tanaman, penyelenggaraan landskap, dan pemulihan tumbuh-tumbuhan di tanah-tanah yang terjejas oleh ketandusan hujan. Selain itu, pengairan juga banyak kegunaan lainnya dalam penghasilan tanaman, termasuk melindungi tanaman daripada fros,[1]menindas pertumbuhan rumpai dalam ladang bijiran[2] dan membantu membantutkan pengukuhan tanah.[3]Berbeza pula untuk pertanian yang hanya bergantung pada curahan hujan terus yang dikenali sebagai pertanian tanah kering atau suapan hujan. Sistem pengairan juga digunakan untuk penindasan habuk, pembuangan kumbahan, dan perlombongan. Pengairan sering dikaji bersama penyaliran, iaitu pemindahan air permukaan atau bawah permukaan dari kawasan tertentu secara semula jadi.