Pengalihan_(perisian)

Dalam sains komputer, pengalihan (bahasa Inggeris: porting) merupakan proses penyesuaian perisian supaya sebuah aturcara yang boleh dijalankan mampu dicipta untuk sebuah persekitaran pengiraan yang berbeza daripada yang asalnya dicipta khas buatnya (cth. CPU, sistem pengendalian, atau perpustakaan parti ketiga). Istilah ini juga digunakan dalam suatu cara generik untuk merujuk kepada perubahan sebuah perisian/perkakasan supaya mereka boleh digunakan dalam persekitaran yang berbeza.Sesebuah perisian boleh dialihkan sekiranya kos pengalihan tersebut kepada sebuah platfom baru adalah kurang daripada kos menciptanya daripada mula. Lebih rendah kos mengalihkan perisian, relatif kepada kos penciptaannya, ia dikatakan "lebih mudah dialihkan".