Pengangkutan_rel
Pengangkutan_rel

Pengangkutan_rel

Pengangkutan rel ialah sejenis kaedah pengangkutan yang melibatkan kenderaan-kenderaan yang bergerak di atas sebatang landasan. Haluan kenderaan-kenderaan dalam pengangkutan rel ditentukan oleh landasan tersebut secara terus tidak seperti kenderaan-kenderaan darat lain.Sistem pengangkutan rel terawal telah disahkan wujud sejak abad keenam SM, iaitu ketika zaman Yunani Purba.[1] Pengangkutan rel pada zaman moden terawal pula mula wujud pada abad ke-16 di Jerman yang melibatkan kenderaan funikular yang digerakkan oleh kuda. Pengangkutan rel dibangunkan lagi dengan penciptaan lokomotif stim di Britain pada awal abad ke-19. Kereta api elektrik pula mula wujud pada 1880-an yang membawa kepada permulaan pengelektrikan rangkaian kereta api. Kereta api berkelajuan tinggi elektrik diperkenalkan di Jepun pada 1960-an dan digunakan di beberapa negara lain. Sejak Perang Dunia Kedua, penggunaan pengangkutan rel telah berkurangan tetapi kini mengalami peningkatan permintaan. Hal ini berlaku disebabkan oleh masalah kesesakan trafik serta usaha-usaha untuk menanangi masalah pemanasan global.