Pengawasan
Pengawasan

Pengawasan

Pengawasan (Bahasa Inggeris: surveillance) ialah pemerhatian tingkah laku atau kelakuan, manakala sistem pengawasan ialah proses memerhatikan tingkah laku orang ramai, objek atau proses dalam sistem keakuran pada norma-norma yang dijangka atau dimahukan dalam sistem dipercayai untuk tujuan sekuriti atau kawalan sosial. Lihat juga analisis penyimpangan.Dalam bahasa Melayu, perkataan "pengawas" berpunca daripada perkataan "awas" yang bermaksud pemerhatian teliti semasa melihat. Dalam konteks yang sama, perkataan bahasa Perancis "Sur-Veillance" juga bermaksud "melihat dari atas". Dalam bahasa Inggeris pula, istilah "surveillance" digunakan untuk kesemua jenis pemerhatian, bukan sahaja pemerhatian mata atau visual. Namun, mata serba lihat di langit masih menjadi ikon pengawasan.Perkataan pengawasan sering digunakan untuk menakrifkan pemerhatian dari satu jarak dengan penggunaan alatan elektronik atau lain-lain cara melalui teknologi, sebagai contoh:Akan tetapi pengawasan turut melibatkan kaedah-kaedah mudah yang menggunakan teknologi rendah atau kaedah tiada penggunaan teknologi seperti pemerhatian terus, pemerhatian melalui binokular, tampanan pos, atau kaedah-kaedah lain yang serupa.Istilah ini juga masih boleh digunakan untuk pemerhatian penyakit oleh ahli epidemiologi. Lihat pengawasan klinikal.