Pengeboman_atom_Hiroshima_dan_Nagasaki
Pengeboman_atom_Hiroshima_dan_Nagasaki

Pengeboman_atom_Hiroshima_dan_Nagasaki

Pengeboman atom Hiroshima dan Nagasaki (Jawi: ڤڠبومن اتوم هيروسهيما دان ناڬساکي) merupakan serangan nuklear yang dikenakan terhadap Empayar Jepun oleh Amerika Syarikat di bawah pimpinan Presiden Harry S. Truman sewaktu Perang Dunia II. Pada 6 Ogos 1945, senjata nuklear "Little Boy" dijatuhkan di bandar raya Hiroshima, diikuti pada 9 Ogos 1945 oleh pengguguran bom nuklear "Fat Man" di Nagasaki. Inilah satu-satunya penggunaan senjata nuklear dalam peperangan dalam sejarah.Terdapat beberapa faktor yang menyukarkan anggaran bilangan nyawa yang terkorban dalam pengeboman ini. Populasi bandar-bandar terlibat sebelum pengeboman cuma diketahui secara kasar kerana berlakunya pemindahan besar-besaran serta bilangan buruh paksa yang juga kabur. Sebilangan mangsa terbakar mayatnya sehingga sukar dicam atau mayatnya dilupuskan dalam pembakaran besar-besaran.[1] Catatan anggota tentera turut musnah dan ramai keluarga dikorbankan keseluruhannya, maka kurangnya orang yang mampu melaporkan bilangan yang terkorban. Menurut kebanyakan anggaran, pengeboman Hiroshima membunuh kira-kira 70,000 orang akibat kesan serta-merta letupan itu. Anggaran bilangan yang terkorban menjelang akhir tahun 1945 diberi daripada 90,000 hingga 140,000 akibat terbakar, penyinaran, dan penyakit yang menyusul di samping diburukkan oleh kesuntukan sumber perubatan.[1][2][3] Sesetengah anggaran mencatat sebanyak 200,000 orang mati menjelang tahun 1950 akibat penyakit barah dan kesan jangka panjang yang lain.[2] Bilangan untuk Nagasaki lebih rendah kerana rupa bumi di sana mengurangkan impak pengeboman dengan bilangan yang terkorban serta-merta dianggarkan daripada 40,000[4] hingga 75,000 orang.[5] Di kedua-dua bandar raya, kebanyakan besar yang kematian merupakan rakyat biasa.[6][7][8] Peranan pengeboman dalam penyerahkalahan Jepun, serta juga kesan dan justifikasinya, banyak dilibatkan dalam perdebatan. Pada 15 Ogos 1945 Jepun mengumumkan penyerahan kalah kepada pihak Berikat lalu menandatangani Surat Cara Penyerahan Kalah pada 2 September lalu menamatkan Perang Dunia II. Maharaja Hirohito dibenarkan memerintah Jepun dengan pengawasan Amerika Syarikat. Lebih-lebih lagi, pengalaman pengeboman ini menggesa Jepun mengamalkan Tiga Prinsip Tanpa Nuklear yang melarang Jepun daripada melengkapkan diri dengan senjata nuklear.

Berkaitan