Pengeboman_strategik
Pengeboman_strategik

Pengeboman_strategik

Pengeboman strategik ialah satu strategi ketenteraan yang digunakan dalam perang total bersama matlamat mengalahkan pihak musuh dengan memusnahkan semangat atau keupayaan ekonominya untuk mengeluar dan mengangkut material ke medan operasi tentera, atau kedua-duanya sekali. Ia adalah serangan dari udara yang bersistematik dan tersusun yang menggunakan pesawat pengebom strategik, peluru berpandu jarak jauh atau sederhana, atau pesawat pejuang-pengebom bersenjata nuklear untuk menyerang sasaran yang dianggap penting bagi keupayaan berperang pihak musuh.Salah satu matlamat perang ialah untuk melemahkan semangat musuh, supaya perdamaian atau penyerahan kalah menjadi lebih baik daripada meneruskan konflik itu. Pengeboman strategik telah digunakan untuk tujuan ini. Ungkapan "pengeboman ganas" (terror bombing) memasuki kosa kata Bahasa Inggeris pada akhir Perang Dunia II dan banyak kempen pengeboman strategik dan serbuan secara individu telah digambarkan sebagai pengeboman ganas oleh para pengulas dan ahli sejarah. Disebabkan istilah itu mempunyai konotasi pejoratif, sesetengah, termasuk Pihak Berikat, lebih suka menggunakan kata-kata eufemisme seperti "semangat melawan" dan "pengeboman moral".[1][2]Perbezaan teori antara peperangan udara taktikal dan strategik telah berkembang semasa zaman antara dua perang dunia. Sesetengah ahli teori utama peperangan udara strategik, sewaktu period ini ialah orang Itali Giulio Douhet, sekolah Trenchard di United Kingdom, dan Jeneral Billy Mitchell di Amerika Syarikat. Ahli-ahli teori ini adalah sangat berpengaruh, kedua-dua justifikasi tentera untuk sebuah tentera udara yang bebas (seperti Tentera Udara Diraja) dan mempengaruhi pemikiran politik pada perang masa hadapan seperti yang ditunjukkan oleh komen Stanley Baldwin tahun 1932 iaitu pesawat pengebom sentiasa akan melepasinya.

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Pengeboman_strategik http://www.amazon.com/Bombers-Bombed-Allied-Europe... http://www.amazon.com/Germany-Second-World-War-Str... http://www.flightglobal.com/pdfarchive/view/1914/1... http://www.legionmagazine.com/en/index.php/1996/09... http://www.questia.com/PM.qst?a=o&d=115474949 http://www.questia.com/PM.qst?a=o&d=15370919 http://links.jstor.org/sici?sici=0018-246X(199103)... http://www.jstor.org/pss/1902984 https://books.google.ca/books?id=9tfbAgAAQBAJ&pg=P... https://books.google.com/books?id=VMjqpOmQbesC&pri...