Pengerang

Pengerang adalah satu pekan kecil di Daerah Kota Tinggi, Johor, Malaysia. Pengerang berdekatan dengan Tanjung Kapal, Sungai Rengit, Teluk Ramunia di Johor. Pengerang juga berhampiran dengan Sungai Lebam, Sungai Johor dan Pulau Tekong.Ia menjadi pos imigresen di Pantai Timur Johor. Ia mempunyai beberapa buah rumah dan satu jalan yang menghala ke Sungai Rengit, bandar yang lebih besar untuk penginapan dan kemudahan makanan. Mukabumi yang rendah dan berpaya menyebabkan kawasan ini agak ketinggalan berbanding dengan kawasan-kawasan lain di Johor.