Pengguna:Rfffchry

Kuala Berang dikenali sebagai FO-LO-AN sejak abad ke 12 lagi berdasarkan buku sejarah Cina bernama “Ling Wai-Tai Ta” karangan Cau-Cu-Fei pada tahun 1178. Pada masa itu daerah ini adalah sebagai bandar pelabuhan yang menjadi tumpuan pedagang-pedagang dari segenap pelosok alam Melayu, Timur Tengah dan China bagi menjalankan kegiatan ekonomi. Ahli-ahli sejarah berpendapat negeri Foloan yang disebut dalam buku tersebut ialah Kuala Berang.Bagi jejak kali ini, saya hendak mengajak pembaca semua mengenali dialek Hulu Terengganu. Sebutan dialek Hulu Terengganu hampir kepada sebutan Bahasa Melayu Induk dan Bahasa Austronesian Kuno. Dialek ini memungkinkan teori bahawa dialek ini merupakan dialek yang paling asli dan paling tua di Semenanjung Tanah Melayu. Pada tahun 1935, C.C.Brown menerbitkan tulisannya, Terengganu Malay. Dia berpendapat bahawa daripada segi pembunyian dan tata ujaran, percakapan di Hulu Terengganu sangat berbeza dengan bahasa di daerah lain di Terengganu. Beliau menyifatkan unsur kosa kata Hulu Terengganu sebagai unsur yang tua. Bentuk kuno pada dialek Hulu Terengganu juga wujud pada pantai Borneo Utara, Kepulauan Maluku, Pergunungan Sumatera Selatan dan Gugusan Kepulauan Thailand. Ini menyangkal pendapat bahawa unsur kuno dialek Hulu Terengganu merupakan unsur pinjaman dari kawasan tersebut memandangkan kedudukannya yang jauh dari Hulu Terengganu.
"Harapan saya semoga dapat membantu menambah pengetahuan dan pengalaman bagi para pembaca, sehingga saya dapat memperbaiki bentuk mahupun isi sehingga lebih baik. Saya akui masih banyak kekurangan kerana pengalaman yang saya miliki sangat kurang. Oleh kerana itu, saya harapkan kepada para pembaca untuk memberikan masukan-masukan yang bersifat membangun untuk kesempurnaan."


Mula menyertai Wikipedia pada ;28 DISEMBER 2016