Pengguna_(pengkomputan)
Pengguna_(pengkomputan)

Pengguna_(pengkomputan)

Pengguna, dalam bidang pengkomputan, ialah orang yang menggunakan sesebuah komputer atau perkhidmatan Internet. Mereka mempunyai akuan pengguna yang mengenalnya menerusi nama pengguna, nama skrin, atau "handel", sepatah istilah yang diterbitkan daripada istilah radio Jalur Rakyat yang serupa. Untuk log masuk ke dalam sesuatu akaun, pengguna biasanya diperlukan mengesahkan diri dengan kata laluan atau akuan yang lain bagi tujuan perakaunan, keselamatan, pengelogan, dan pengurusan sumber. Untuk perbincangan tentang kepuasan pengguna, lihat kepuasan pengguna komputer.Pengguna juga dicirikan secara meluas sebagai golongan yang menggunakan sistem tanpa kepakaran teknik yang sempurna untuk memahami sistem dengan sepenuhnya. Dalam kebanyakan konteks berkait penggodam, pengguna juga dibahagikan kepada luser dan pengguna kuasa, dengan yang kedua ini melambangkan sikap "tahu akan semua". Lihat juga pengguna akhir (sains komputer).