Pengilhakan
Pengilhakan

Pengilhakan

Pengilhakan (Bahasa Inggeris: annexation) merupakan tindakan pentadbiran[1] dan konsep undang-undang antarabangsa mengenai pengambilalihan wilayah sesebuah negara berdaulat secara paksa oleh negara lain.[2] Umumnya ini dikira tindakan yang haram.[2] Berbeza dengan penaklukan yang memaksukan pengambilalihan kuasa terhadap sesebuah wilayah yang melibatkan pertukaran kedaulatan.[3][4] Biasanya menyusuli pendudukan tentera terhadap wilayah berkenaan.[1]Pengilhakan berbeza dengan penyerahan kerana tidak seperti penyerahan yang dilakukan melalui perjanjian, pengilhakan merupakan tindakan unilateral yang mana wilayah dirampas oleh sesebuah negara.[5] Pengilhakan boleh disahkan melalui pengiktirafan umum oleh badan-badan antarabangsa (iaitu negara-negara lain dan pertubuhan antara kerajaan).[5][6][1]