Pendidikan Pengiran_Muda_'Abdul_Mateen

DYTM Pengiran Muda 'Abdul Mateen telah menerima pendidikan rendah di Sekolah St. Andrews dan melanjutkan pendidikan menengah di Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan dan Sekolah Antarabangsa Jerudong. Kedua-dua sekolah ini merupakan sekolah cemerlang di Negara Brunei Darussalam.

Pada bulan Mei 2010, DYTM Pengiran Muda 'Abdul Mateen telah berkenan dimasukkan ke dalam Commissioning Course for Regular Army Officers bersama-sama dengan 200 rekrut di Royal Military Academy Sandhurst.

Pada bulan April 2011, DYTM Pengiran Muda 'Abdul Mateen lulus daripada kursus pentauliahan sebagai pegawai kadet Royal Military Academy Sandhurst, United Kingdom dan dinaikkan pangkat sebagai Leftenan Muda.

Pada bulan Julai 2014, DYTM Pengiran Muda 'Abdul Mateen berkenan berangkat dan menerima kurniaan Sarjana Muda Sastera dalam Politik Antarabangsa dari King's College London di Pusat Barbican, London.

Pada bulan Julai 2016, DYTM Pengiran Muda 'Abdul Mateen telah dianugerahkan Sarjana Sastera dalam Pengajian Antarabangsa dan Diplomasi dari School of Oriental and African Studies, Universiti London.

Pada bulan April 2017, DYTM Paduka Seri Kapten Pengiran Muda 'Abdul Mateen telah dianugerahkan Sijil Tamat Latihan dalam satu Majlis Penganugerahan yang telah diadakan Daedalus Officers’ Mess, Royal Air Force (RAF) Cranwell setelah berjaya menjalani Kursus Pelatih Juruterbang Asas – Elementary Flying Training (EFT) Course No. 200.[2]