Pengisytiharan Pengisytiharan_Kemerdekaan_Republik_Indonesia

Sukarno, ditemani oleh Mohammad Hatta (kanan), mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia

Draf Pengisytiharan Kemerdekaan disediakan hanya beberapa jam lebih awal, pada malam 16 Ogos, oleh Sukarno, Hattadan Subardjo (Alumni Leiden,1933), di tempat kediaman Laksamana Muda Maeda (Minoru) Tadashi di Miyako-Doori 1, Jakarta (kini "Muzium Pengisytiharan Kemerdekaan", JL. Imam Bonjol I, Jakarta). Sedangkan Maeda bersetuju dengan kemerdekaan Indonesia, dan meminjam rumahnya untuk pendrafan pengisytiharan, beliau tidak melibatkan diri dalam pendrafan itu, dan tidur di biliknya di tingkat atas ketika pengisytiharan didraf. Bagaimanapun, Marsyal Terauchi yang merupakan pemimpin Jepun pangkat tertinggi di Asia Tenggara serta juga anak lelaki Perdana Menteri Terauchi Masatake, membantah kemerdekaan Indonesia yang dijadualkan pada 24 Ogos.

Sedangkan persediaan rasmi pengisytiharan dan kemerdekaan rasmi pada dirinya telah dilaksanakan dengan teliti sejak beberapa bulan yang lalu, tarikh pengisytiharan telah dicepatkan oleh suatu komplot yang diketuai oleh beberapa orang aktivis muda yang radikal, seperti Adam Malik dan Chairul Saleh, selepas penyerahan kalah tanpa syarat oleh pihak Jepun kepada Pihak Berikat pada 15 Ogos selepas pengeboman atom Nagasaki.

Mengikut rancangan awal, pengisytiharan akan dimeterai oleh 27 orang ahli Jawatankuasa Persediaan untuk Kemerdekaan Indonesia (PPKI) yang secara simbolik melambangkan kepelbagaian negara yang muda. Cara ini diilhami oleh Pengisytiharan Kemerdekaan Amerika Syarikat. Bagaimanapun, idea itu ditolak oleh para aktivitis radikal yang memperdebatkan bahawa jawatankuasa tersebut terlalu rapat dengan pemerintah Jepun, and oleh itu mengakibatkan kehilangan kebolehpercayaan. Sebagai ganti, aktivitis-aktivitis radikal itu mendesak bahawa tandatangan-tandatangan enam orang mereka itu dimasukkan ke dalam dokumen pengisytiharan. Kesemua pihak yang terlibat dalam peristiwa bersejarah itu akhirnya bersetuju untuk bertolak ansur, dengan Sukarno dan Hatta merupakan dua orang penandatangan yang tunggal 'atas nama negara Indonesia'.

Pada mulanya, Sukarno hendak pengisytiharan kemerdekaan dibaca di Dataran Ikada yang merupakan padang besar dan terbuka di pusat Jakarta, tetapi disebabkan kebimbangan tentang kemungkinan sabotaj oleh pihak Jepun, tempatnya ditukarkan ke rumah Sukarno di Pegangsaan Timur 56. Sebenarnya, tidak terdapat sebarang bukti yang konkrit untuk melahirkan rasa syak tersebut kerana pihak Jepun sudahpun menyerah kepada Pihak Berikat, dan Pusat Ketumbukan Tinggi Jepun di Indonesia telah memberikan kebenaran untuk kemerdekaan negara. Pada hakikatnya, pengisytiharan kemerdekaan berlangsung dengan lancar.