Pengkalan_Chepa

Pangkalan Chepa atau Pengkalan Chepa merupakan kawasan perindustrian utama di negeri Kelantan. Lapangan terbang negeri Kelantan iaitu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra juga terletak di sini. Pengkalan Chepa juga dikenali sebagai tempat pendaratan Tentera Jepun semasa Perang Dunia kedua iaitu di Pantai Pak Amat. Ahli Parlimen Pengkalan Chepa (P.20) ialah Y.B. Dr Izani Hussin daripada Parti PAS. Parlimen Pengkalan Chepa mempunyai tiga Dewan Undangan Negeri iaitu Chempaka, Kijang dan Panchor.