Pengkalan_Kempas

Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas terletak di Negeri Sembilan, kira-kira 35 km dari bandar Port Dickson menunju arah ke Melaka. Tempat ini merupakan tempat perkuburan misteri yang mengunakan batu megalit yang berbentuk pedang dan senduk. Sejarawan percaya kubur ini dibina pada abad ke-2 dan ke-3 masehi. Sebahagian batu megalith ini ada ukiran yang menyerupai tulisan Arab dan Sumatra.Tulisan -tulisan seperti ini menyerupai tulisan di batu nisan yang dijumpai di Kompleks Puet-plohpeut (Meunye Tujuh) yang bertuliskan kuno bahasa Arab, Melayu dan Sanskrit yang belum dijelaskan.Penduduk tempatan batu-batu misteri ini mempunyai keramat dan kuasa tertentu Jika pohon sesuatu padanya. Ia dipercayai semakin membesar. Jika letak tangan dalam lubang pada batu ini, anda akan dapat jawapan yang berlegar-legar dalam kepala anda.Terdapat juga di sini iaitu Keramat Sungai Udang iaitu seorang ahli agama yang bernama Sheikh Ahmad Majnun yang telah menentang Sultan Mansur Shah, semasa Kesultanan Melayu Melaka tahun 1457-1477. Batu nesan ini bertulis tulisan Arab and Kawi (tulisan Sumatra kuno). Anda boleh melawat dari jam 9.00 pagi - 6.00 petang.Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.