Penglihatan_warna

Penglihatan warna merupakan kebolehan suatu organisma atau mesin untuk membezakan objek berdasarkan panjang gelombang (atau frekuensi) cahaya yang dipancarkan atau dipantulkan. Sistem saraf kemudian mengesan warna dengan membandingkan gerak balas terhadap cahaya beberapa jenis penerima foto kon di dalam mata. Sel-sel kon ini peka terhadap bahagian yang berlainan dalam spektrum nampak. Julat spektrum nampak dan bilangan kon berbeza mengikut spesies. Bagi manusia, julat spektrum ini adalah di antara sekitar 380 hingga 780 nm (dari ultraunggu hingga ke inframerah), dan biasanya memiliki tiga jenis kon. Warna memainkan peranan penting dalam penglihatan manusia. Pengenalan sesuatu objek boleh dibuat berdasarkan warna objek tersebut. Kod-kod jalan raya misalnya banyak menggunakan warna-warna tertentu bagi memudahkan dan menjaga keselamatan pengguna jalan raya.Penglihatan warna bagi manusia berkembang dengan baik sebaik sahaja manusia dilahirkan. Ini bermakna bayi berkebolehan membezakan warna sama seperti orang dewasa.