Penguncian_blok

Dalam kriptografi, penguncian blok ialah algoritma deterministik yang bekerja pada sekumpulan bit berukuran tetap yang disebut blok. Algoritma ini menggunakan trasnformasi tidak beraneka, iaitu menggunakan kunci simetri. Mereka tergolong kepada komponen dasar dan digunakan dalam banyak protokol kriptografi dan penyulitan data berukuran besar.Meskipun penguncian blok hanya sesuai untuk menyulitkan satu blok data dalam satu masa dan satu kunci, beberapa mod operasi penguncian blok telah direka untuk membolehkan penguncian blok digunakan semula dengan selamat untuk mencapai keselamatan dan autentik. Namun, penguncian blok juga mampu jadi komponen pembangunan dalam berbagai protokol kriptografi, seperti fungsi hash universal dan penjana bilangan rawak.