Pengurusan_ingatan

Pengurusan ingatan (memory management) merupakan proses pengurusan ingatan komputer. Secara ringkas, ia merupakan cara pembahagian ingatan kepada program-program bila diminta dan membebaskannya kembali kepada system apabila tidak lagi digunakan. Sesetengah sistem pengendalian membahagikan ingatan kepada kawasan yang berasingan mengikut saiz yang tetap, manakala sesetengah yang lain membenarkan saiz yang berubah-ubah.Sistem ingatan maya (virtual memory) “meningkatkan” kuantiti RAM yang ada menggunakan penyilihan cakera (disk swapping), dan kualiti pengurus ingatan maya boleh meberi kesan yang besar kepada prestasi sistem secara keseluruhan.Untuk komputer x86, sebagai tambahan kepada pengurusan ingatan piawai, DOS telah membawa kepada pembangunan program-program yang dikenali sebagai pengurus ingatan (memory manager). Program ini memindahkan sebahagian sistem pengendalian ke luar bahagian biasanya untuk menambahkan jumlah ingatan yang boleh digunakan oleh program lain. Contohnya ialah EMM386 dan QEMM. Ini membolehkan ingatan digunakan melebihi penghalang 640 kb, di mana ingatan selalunya disimpan untuk ROM dan bahagian atas ingatan.