Penjaga gawang (BR,
[1] ID,
[2] SG
[3]),
penjaga gol (MS, SG
[4]) atau
kiper (ID -
Bahasa Inggeris: goalkeeper, keeper atau goalie) dalam
bola sepak mengambil
kedudukan yang mewakili garis akhir pertahanan antara serangan lawan dan gol pasukannya di hadapan
gawang hujung sisi pasukannya sendiri.Peranan utama kedudukan ini adalah untuk mempertahankan gol pasukannya dan juga lawan daripada menjaringkan
gol. Penjaga juga adalah satu-satunya pemain yang dibenarkan untuk memegang bola dengan
tangan atau
lengannya dalam permainan terbuka. Setiap pasukan diwajibkan mempunyai satu penjaga gol di padang pada ketika semasa suatu perlawanan berlangsung. Jika penjaga terpaksa keluar disebabkan kecederaan atau
dibuang padang, pemain lain mesti mengambil peranan berkenaan, walaupun pasukan tersebut tidak mempunyai penjaga gol gantian/atau sudah menggunakan kesemua
penggantian yang diperuntukkan.Pemegang posisi sering ditandakan dengan kependekan
GK pada kad barisan mula, laporan perlawanan, dan sarikata TV; malah jersi nombor
1 biasanya dikhaskan kepada penjaga gol dalam sesebuah pasukan sekiranya sistem
penomboran skuad tidak diamalkan.