Penor

Penor merupakan sebuah mukim dan bandar kecil 35 km selatan bandar Kuantan, Pahang, Malaysia. Terletak berhampiran sempadan daerah Kuantan - Pekan, ia boleh dicapai oleh Lebuh Raya Tanjung Lumpur (183). Rumah Penor (penjara Pahang) merupakan mercu tanda Penor. Selain penjara, Penor terkenal di kalangan penduduk tempatan kerana ketenangan pantainya dan juga sebagai satu tempat percutian.