Penstriman

Penstriman (streaming) ialah pemerolehan multimedia secara terus-menerus daripada pembekal kandungan kepada pengguna akhir pada masa yang sama, jika berbanding dengan memuat turun fail yang penuh terlebih dahulu sebelum menonton atau mendengar media tersebut. Mutu fail yang diterima ini pula bergantung kepada mutu lebar jalur Internet yang digunakan untuk menyiarkan dan menerima media tersebut.