Penswastaan

Penswastaan atau privatisasi difahamkan sebagai suatu langkah penyerahan sesebuah perniagaan yang diusahakan badan-badan dalam sesebuah pemerintah negara kepada pihak luar sama ada melalui pembelian saham belum lunas sesebuah syarikat awam oleh pelabur persendirian ataupun penjualan sesebuah syarikat berkaitan kerajaan kepada pelabur tersebut. Pelaksanaan ini sering dikaitkan dengan pengendalian syarikat atau perusahaan berorientasi perkhidmatan atau industri seperti pertambangan, manufaktur atau penghasilan tenaga, tapi ia dapat juga diterapkan pada apa sahaja aset lainny seperti tanah, jalan mahupun air.Penswastaan boleh juga merujuk kepada penyumberluaran perkhidmatan awam kepada syarikat persendirian termasuk pengutipan cukai, penguatkuasaan undang-undang serta pengurusan banduan penjara.[1]Secara teorinya, privatisasi membantu terbentuknya pasar bebas, mengembangnya persaingan kapitalistik, di mana para pendukungnya dianggap akan memberikan harga yang lebih kompetitif kepada publik. Sebaliknya, para sosialis menganggap langkah sebegini sebagai hal yang negatif karena penyerahan tugas umum kepada sektor persendirian akan menghilangkan kuasa umum serta mengakibatkan merudumnya layanan yang diberikan akibat penghematan kos yang dilakukan demi mendapatkan keuntungan yang lebih.