Pentagon_(bangunan)
Pentagon_(bangunan)

Pentagon_(bangunan)

Pentagon ialah ibu pejabat Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat di Arlington, Virginia dekat Washington, D.C., yang berbentuk segi lima (bahasa Greek: pentagon). Pentagon dianggap sebagai bangunan rendah (low rise) yang terpadat di dunia yang menempatkan 23,000 kakitangan tentera dan awam serta lebih kurang 3,000 kakitangan sokongan bukan pertahanan. Ia juga merupakan ibu pejabat Tentera Laut AS, Tentera Darat AS dan Tentera Udara AS.Bangunan Pentagon dilihat ramai sebagai salah satu gedung yang dirancang secara efisien. Panjangnya adalah 28 kilometer manakala luasnya adalah 11 hektar. Namun jangkamasa dari satu hujung ke hujung yang lain dalam gedung ini hanya mengambil masa tujuh minit sahaja dengan berjalan kaki.