Pentas_ais
Pentas_ais

Pentas_ais

Pentas ais ialah platform ais tebal terapung yang terbentuk di mana glasier atau lembar ais yang mengalir turun ke pesisiran dan ke atas permukaan laut. Bentuk muka bumi ini hanya boleh ditemui di Antartika, Greenland, Kanada dan kawasan Artik di Rusia. Perbatasan yang wujud di antara pentas ais yang terapung dengan ais yang terkandung pada batuan dasar dipanggil garisan bumi. Ketebalan pentas ais boleh berbeza-beza antara kira-kira 100 hingga 1000 meter.Ais yang terbentuk pada air lautan sebaliknya lebih nipis (biasanya kurang daripada 3m) dan wujud di sepanjang Lautan Artik. Ia juga dapat dijumpai di Lautan Selatan serta di benua Antartika.Pentas ais didorong utamanya oleh graviti yang dihasilkan daripada ais padat di bumi.[1] Aliran ini terus membawa ais dari garis bumi pentas ke hadapan pentas yang menghadap arah laut. Terdapat anggapan pada dahulunya bahawa penyusutan ais pada pentas-pentas ais berpunca daripada pembentukan aisberg di mana sebahagian daripada bongkahan ais dari hadapan pentas ais tersebut akan berpecah lalu jatuh ke dalam laut, namun sebuah kajian yang dilakukan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika dan para penyelidik dari universiti-universiti terpilih terbitan makalah Science bertarikh 14 Jun 2013 mendapati penyusutan tersebut sebaliknya terhasil daripada pencairan dasar-dasar pentas ais yang disebabkan oleh air lautan, seperti mana yang berlaku di benua Antartika.[2]Bahagian hadapan pentas ais biasanya akan menjangkau ke hadapan selama bertahun-tahun atau berdekad-dekad sehingga pemisahan ais berlaku. Pengumpulan salji di permukaan atas serta pencairannya di permukaan yang lebih rendah juga penting kepada keseimbangan jisim pentas tersebut. Ais barangkalinya juga boleh terkumpul hingga ke dasar pentas.Perbezaan ketumpatan antara ais glasier (yang lebih tumpat dariapada ais biasa) dengan air yang mengalir bermaksud hanya satu persembilan daripada ais yang terapung terletak di permukaan laut. Pentas-pentas ais yang terbesar di dunia ialah Pentas Ais Ross dan Pentas Ais Filchner-Ronne di Antartika.

Berkaitan