Penternakan_intensif

Penternakan intensif, penternakan industri atau penternakan kilang merupakan suatu bentuk pertanian intensif moden yang memaksudkan penternakan haiwan seperti lembu, ayam, dan ikan dalam kepadatan yang lebih tinggi stok kepadatan daripada yang biasa untuk kaedah-kaedah penternakan yang lain, iaitu amalan yang biasa oleh pengusaha niaga tani masa kini.[1][2][3][4] Produk utama industri ini ialah daging, susu dan telur untuk kegunaan manusia.[5] Terdapat isu-isu mengenai sama ada kaedah sebegini mapan dan beretika.[6]Perkandangan berkepadatan tinggi adalah sebahagian daripada usaha sistematik untuk menghasilkan keluaran tertinggi pada kos terendah dengan bergantung pada ekonomi skala, kejenteraan moden, bioteknologi, dan perdagangan global. Terdapat perbezaan dalam cara amalan teknik penternakan industri di seluruh dunia. Juga terdapat perdebatan yang berpanjangan tentang manfaat, risiko dan persoalan etika bagi penternakan kilang. Antaranya termasuk kecekapan pengeluaran makanan; kebajikan haiwan, sama ada ia penting untuk memberi makan penduduk dunia yang kian bertambah; dan kesan kepada alam sekitar (contohnya pencemaran) dan kesihatan manusia.[7][8][9]

Rujukan

WikiPedia: Penternakan_intensif http://animalscience.ucdavis.edu/faculty/zinn/pdf/... http://www.oecd-ilibrary.org/agriculture-and-food/... http://www.unsystem.org/SCN/archives/scnnews21/ch0... //en.wikipedia.org/wiki/John_Steele_Gordon //en.wikipedia.org/wiki/Meat_Atlas //en.wikipedia.org/wiki/Milo_Hastings http://news.bbc.co.uk/2/hi/europe/1046184.stm http://www.environment-agency.gov.uk/commondata/10... https://books.google.com/books/about/Dominion.html... https://www.foeeurope.org/sites/default/files/publ...