Penyahjajahan

Penyahjajahan atau dekolonisasi ialah perbuatan pemansuhan kolonialisme, yakni, penetapan dan pengekalan kekuasaan sebuah negara menetapkan dan mengekalkan menguasai lebih dari satu atau lebih wilayah lain. Istilah ini merujuk kepada pembubaran empayar-empayar jajahan yang diwujudkan di seluruh dunia sebelum Perang Dunia Pertama berikutan peristiwa yang berlaku bertahun-tahun selepas Perang Dunia Kedua.[1] Ia bukan sahaja merujuk kepada "penyingkiran penguasaan kuasa bukan asal negara" sepenuhnya dalam ruang geografi serta institusi jajahan yang berbeza,[1] tetapi juga penyingkiran fahaman-fahaman pihak penjajah yang memburukkan dan melemahkan jiwa masyarakat yang dijajah.[2]Jawatankuasa Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Penyahjajahan menyatakan bahawa tidak ada jalan alternatif kepada pihak penjajah tidak membenarkan suatu kaedah penentuan nasib sendiri,[3] namun secara praktikalnya penyahjajahan boleh melibatkan sama ada revolusi tanpa ganas mahupun perang kemerdekaan bangsa oleh pihak yang endokong kemerdekaan tersebut.