Rencana ini membincangkan keadaan perubatan. Untuk genus paku-pakis, sila lihat Anemia (paku-pakis)Anemia, perkataan yang berasal daripada
bahasa Greek (Ἀναιμία) yang membawa pengertian "tiada darah", merujuk kepada kekurangan
sel darah merah (RBC) dan/atau
hemoglobin. Ini mengurangkan keupayaan darah untuk memindahkan
oksigen ke
tisu-tisu, dan mengakibatkan
hipoksia; oleh sebab semua sel manusia bergantung kepada oksigen untuk hidup, tingkatan-tingkatan anemia yang berbeza-beza menimbulkan pelbagai masalah.
Hemoglobin (
protein yang membawa oksigen di dalam sel darah merah) harus hadir untuk memastikan pengoksigenan yang mencukupi bagi semua tisu dan organ badan.Tiga kelas anemia yang utama termasuk:Bagi wanita-wanita yang datang
haid, kekurangan
ferum dalam
diet merupakan satu sebab yang umum untuk kekurangan pengeluaran sel darah merah.Anemia merupakan gangguan darah yang paling biasa. Terdapat berbagai-bagai sebab yang mendasari anemia. Anemia boleh digolongkan melalui berbagai-bagai cara, berdasarkan
morfologi atau bentuk sel darah merah, mekanisme
etiologi, dan simptom klinikal yang boleh dikesan, antara lain.Adanya dua pendekatan utama untuk mengelaskan anemia, iaitu pendekatan "kinetik" yang melibatkan penilaian pengeluaran, pemusnahan, dan kehilangan sel darah merah,
serta pendekatan "morfologi" yang mengelaskan anemia mengikut saiz sel darah merah. Pendekatan morfologi mempergunakan satu ujian makmal yang murah dan mudah didapati (
min isi padu korpuskel, MCV) sebagai titik permulaannya. Sebaliknya, menumpukan perhatian pada persoalan pengeluaran pada peringkat awal membenarkan seseorang
doktor untuk mendedahkan kes-kes anemia yang diakibatkan oleh berbilang sebab dengan lebih cepat.