Penyakit kencing tikus
Penyakit kencing tikus

Penyakit kencing tikus

Penyakit kencing tikus atau Leptospirosis (juga dikenali sebagai, penyakit/sindrom Weil, demam canicola, demam ladang tebu, demam 7-hari [1]:290) merupakan penyakit berjangkit zoonosis yang berpunca daripada bakteria spirochaete dalam genus Leptospira yang menjejaskan manusia dan sejumlah besar haiwan, termasuk mamalia, burung, afimbia, dan reptilia. Penyakit ini pertama kali digambarkan oleh Adolf Weil pada tahun 1886 apabila dia melaporkan "penyakit jangkitan akut dengan bengkak spleen (“splenomegaly”), penyakit kuning dan nephritis". Leptospira pertama kali dilihat pada 1907 dari hirisan buah pinggang bedah siasat.[2] Pada 1908, Inada dan Ito pertama kali mengenal pasti ia sebagai organisma penyebab [3] dan pada 1916 menyedari kehadirannya pada tikus.[4]Sebanyak lebih kurang 13 genetik bakteria Leptospira berbeza boleh berjangkit pada manusia[5]. Ianya disebarkan melalui haiwan liar atau haiwan ternakan[6]. Rodensia merupakan haiwan yang biasa direkodkan menyebarkan bakteria ini[7], melalui permukaan atau air yang tercemar dengan air kencing haiwan ini yang kemudiannya menyentuh di bahagian kulit, mata atau hidung[8][9]. Dalam negara dunia ketiga, penyakit ini biasanya tersebar di kalangan pekebun atau mereka yang kurang memberi perhatian kepada kebersihan sekeliling[6].Untuk membasmi penyakit ini, biasanya pemakaian peralatan perlindungan digunakan pada mereka yang berdepan dengan haiwan yang berpotensi dijangkiti bakteria ini, atau membasuh di bahagian yang terkena permukaan yang telah dicemari dengan bakteria ini atau mengurangkan jumlah tikus di kawasan yang berkepadatan tinggi[8]. Terdapat juga vaksin khas untuk haiwan untuk membendung beberapa jenis Leptospira yang berpotensi mengurangkan risiko pembawaan penyakit kepada manusia[8]. Bagi manusia, terdapat beberapa vaksin yang digunakan bagi pesakit yang diserang penyakit ini seperti doxycycline, penisilin, atau ceftriaxone[10].Dianggarkan sejumlah tujuh hingga 10 juta manusia dijangkiti dengan penyakit kencing tikus setiap tahun[11]. Penyakit ini biasanya terjadi di kawasan beriklim tropika panas[10], namun begitu ianya berpotensi untuk disebarkan di kawasan beriklim lain[8].

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Penyakit kencing tikus http://www.med.monash.edu.au/microbiology/staff/ad... http://www.plaguescapes-1616.blogspot.com/ http://www.diseasesdatabase.com/ddb7403.htm http://www.emedicine.com/emerg/topic856.htm http://www.emedicine.com/med/topic1283.htm http://www.emedicine.com/ped/topic1298.htm http://www.jpgmonline.com/showbackissue.asp?issn=0... http://www.leptoinfo.com http://www.medterms.com/script/main/art.asp?articl... http://www.cfsph.iastate.edu/Factsheets/pdfs/lepto...