Penyakit_Rubela

Rubela atau dikenali sebagai German measles merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh sejenis virus biasanya ditemui pada tekak, darah dan najis individu yang dijangkiti. Rubela dicirikan dengan bintik-bintik ruam merah. Ancaman virus Rubela yang paling menakutkan oleh virus rubela ini sekiranya ia menjangkiti wanita yang hamil dalam tempoh 12 minggu pertama atau tiga bulan. Ini disebabkan virus rubela boleh merentasi sistem pertahanan uri dan masuk ke dalam tubuh janin yang sedang membentuk menjadi bayi. Jangkitan virus rubela pada bayi dikenali sebagai sindrom konginetal rubela. Sindrom konginetal rubela terutama pada peringkat awal kehamilan ini dianggap merbahaya kerana sifat janin mula membentuk. Sindrom konginetal rubela memberikan risiko kecacatan yang tinggi terhadap bayi dalam kandungan termasuk kecacatan seperti buta, katarak, hilang pendengaran, masalah jantung dan adakalanya terencat akal. Dianggarkan lebih 85 peratus bayi yang dijangkiti dalam tempoh tiga bulan pertama kehamilan terdedah dengan risiko yang berbahaya.Malah wanita hamil yang dijangkiti sindrom konginetal rubela pada akhir tempoh mengandung juga berhadapan dengan risiko bayi yang dilahirkan mempunyai perkembangan yang lambat bagi belajar berjalan atau melakukan aktiviti-aktiviti yang mudah.Rubela pada remaja dan orang dewasa dicirikan dengan pening kepala, sakit tekak, demam dan ruam kecil berwarna merah merupakan sejenis penyakit yang amat mudah berjangkit. Ia biasanya menjangkiti kulit dan kelenjar limfa.