Epidemiologi Penyakit_barah_payudara

Risiko mendapat penyakit barah meningkat dengan usia. Bagi wanita yang hidup sehingga usia 90 tahun kemungkinan mendapat barah payudara sepanjang usiannya sekitar 12.5% atau 1 dari 8 orang. Lelaki turut diserang barah payudara, walaupun risiko mereka adalah kurang daripada 1 dari 1000 (lihat seks dan penyakit). Risiko ini berganng kepada faktor yang berlainan. Dalam sesetengah keluarga, terdapat risiko keturunan barah payudara. Sesetengah kaum lebih berisiko tinggi mendapat penyakit barah payudara - terutamanya, wanita keturunan Eropah dan Afrika lebih cenderung berbanding wanita Asia. (ankga dari breastcancer.org)


Faktor risiko lain yang telah dikenal pasti termasuk tidak mempunyai anak, anak pertama lambat, tidak menyusukan anak, haid pertama awal, menopause lewat dan pengambilan rawatan penggantian hormon (hormone replacement therapy).

Kebangkalian barah payudara meningkat dengan peningkatan usia tetapi barah payudara cenderung lebih aggresif apabila ia berlaku kepada wanita muda. Sejenis barah payudara yang amat agresif dan kerap berlaku dikalangan wanita usia muda adalah barah payudara keradangan - (inflammation). Ia pada awanya berlaku pada Tahap III atau IV (Stage IIIb or Stage IV). Ia juga unik disebabakan ia tidak membentuk ketulan, dengan itu tidak dikesan melalui mammografi atau ultrasonografi perubatan. Ia hadir dengan tanda dan simptom jangkitan payudara seperti (mastitis).

Dua gen, BRCA1 dan BRCA2, telah dikaitkan kepada bentuk biasa barah payudara. Wanita dalam keluarga yang memiliki mutasi dalam gen ini mempunyai risiko lebih tinggi mendapat barah payudara berbanding wanita lain. Berserta dengan sindrom Li-Fraumeni (mutasi p53), kelainan gen ini membentuk sekitar 5% daripada ksemua kes barah payudara, mencadangkan bahawa bakinya adalah tidak menentu (sporadic). Kounseling genetik (Genetic counseling) dan ujian genetik patut dipertimbangkan bagi keluarga yang mungkin mempunyai bentuk barah warisan..

Alkohol merupakan faktor risiko barah payudara yang lain. Wanita yang minum separuh gelas wain setiap hari meningkatkan risiko barah payudara sehingga 6% sementara wanita yang minum dua atau lebih setiap hari meningkatkan risiko mendapat barah payudara sehingga 37% 1

International Agency for Research on Cancer (IARC) di Lyon, Perancis pada Jun 2005, menjemput 21 orang pakar sains daripada 8 negara untuk menilai risiko barah bagi mereka yang mendapat rawatan menopausal gabungan estrogen-progestogen dan gabungan pencegah kehamilan estrogen-progestogen. Kumpulan Kerja (Working Group) mendapati terdapat sedikit peningkatan perbandingan risiko pada pengguna semasa dan pengguna baru pencegah kehamilan gabungan. Risiko ini berkurangan bagi mereka yang tidak pernah atau berhenti melebihi 0 tahun. Pakar sains menggambarkan pencegah kehamilan gabungan estrogen-progestogen oral sebagai “karsinogenik kepada manusia”. Mereka juga mendapati peningkatan risiko barah payudara yang sedang mendapatkan rawatan terapi menopausal gabungan., yang terhad kebanyakannya kepada pengguna semasa atau pengguna baru, meningkat dengan tempoh penggunaan dan melebihi berbanding wanita dengan terapi estrogen-sahaja.. Kumpulan Kerja (The Working Group) mendapati bahawa terapi menopausal estrogen-progestogen gabungan sebagai “karsinogenik kepada manusia”.

Stage grouping:

  • Stage 0: Tis
  • Stage I: T1,N0,M0
  • Stage IIA: T0-1,N1,M0 or T2,N0,M0
  • Stage IIB: T2,N1,M0 or T3,N0,M0
  • Stage IIIA: T3,N1,M0 or T0-3,N2,M0
  • Stage IIIB: T4,any N,M0
  • Stage IIIC: any T,N3,M0
  • Stage IV: any T,any N,M1


Tahap barah bergantung kepada faktor yang merangkum saiz tumour, samaada terdapat pembabitan nod lymph atau tidak dan samaada terdapat penyebaran sel barah jarak jauh. Tahap merupakan gabungan TNM. Tahap I adalah tumor kecil (T1) tanpa penyebaran, sementara tahap IV adalah penyakit metastatic. Tahap berkait dengan prognosis jangka panjang, dan keputusan rawatan seringkali bergantung kepada asas tahap barah.