Penyaringan Penyakit_barah_payudara

Akibat kejadian barah payudara yang tinggi dikalangan wanita berusia, penyaringan kini dicadangkan dikebanyakan negara. Kaedah penyaringan yang dicadangkan termasuk pemeriksaan payudara diri (breast self-examination) dan mammografi. Hanya mammografi terbukti mengurangkan kematian akibat barah payudara. Pada sesetengah negara mammografi (tahunan) bagi wanita berusia digalakkan sebagai kaedah penyaringan bagi diagnos awal barah payudara. Ini bagi memastikan ia dikesan seawal mungkin dan dirawat pada peringkat awal.

Pada tahap ini mammografi masih merupakan pilihan terbaik bagi penyaringan awal barah payudara. Ia merupakan piwaian emas bagi kaedah pengimejan lain seperti ultrasound, pengimbas MRI dan pengimbas CT yang kurang berkesan disebabkan resolusi ruang(spatial) yang lebih rendah. Pengimbas CT secara sendirian hampir tidak berguna bagi penyaringan barah kerana pengimbas MRI memberikan resolusi dan kualiti lebih baik, tetapi dengan kos yang lebih tinggi.

Institute Barah Kebangsaan ([National Cancer Institute U.S. mencadangkan penyaringan mammografi dengan garis asas mammogram pada usia 35, mammogram setiap dua tahun bermula pada usia 40, dan kemudiannya mammogram tahunan pada usia 50. Wanita dengan sejarah keluarga mempunyai barah payudara perlu memulakan penyaringan mammografi pada usia lebih awal, dan ia biasanya dicadangkan memulakan penyaringan pada usia 10 tahun lebih awal berbanding keluarga yang dikesan dengan barah payudara.

Barah payudara dikesan melalui mammografi biasanya lebih kecil berbanding yang dikesan secara klinikal, dan wanita yang menjalani mammografi lebih berkemungkinan layak bagi terapi mengekalkan payudara. Kebanyakan wanita di Malaysia lewat mendapatkan rawatan yang menyebabkan kematian kerana terlalu percayakan bomoh.[2]