Penyakit_kusta
Penyakit_kusta

Penyakit_kusta

Penyakit kusta atau juga dikenali sebagai penyakit Hansen juga Leprosy, merupakan penyakit berjangkit yang disebabkan oleh jangkitan Mycobacterium leprae. Nama penyakit Hansen datang daripada orang yang menjumpai Mycobacterium leprae, G. A. Hansen. Pengidap penyakit Hansen biasanya dipanggil pesakit kusta atau dalam bahasa Inggeris lepers, walaupun penggunaan istilah lepers semakin ditinggalkan kerana jumlah pesakit yang berkurangan dan sebagai mengelak stigma buruk yang dikaitkan dengan pesakit kusta. Permulaanya ia merupakan penyakit granuloma kepada saraf periferi dan membran mukosa yang berada di trek pernafasan atas; kudis kulit adalah tanda awal luaran.[1] Jika tidak dirawat atau dilengah-lengahkan rawatan, serangan kusta boleh jadi lebih progresif, menyebabkan kerosakan kekal pada kulit, saraf, otot dan mata. Berbanding cerita-cerita rakyat, kusta tidak menyebabkan seluruh bahagian badan jatuh, walaupun ia menyebabkan bahagian organ badan kebas atau menyebabkan penyakit dari jangkitan; perkara-perkara ini berlaku apabila sistem pertahanan tubuh semulajadi telah diserang oleh penyakit awal.[2][3] Jangkitan kedua, boleh menyebabkan kehilangan tisu organ, menyebabkan jari dan ibu jari menjadi lebih pendek dan terbantut, disebabkan kartilej disedut oleh badan.[2][3][4]Pada tahun 1995, Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan diantara 2 hingga 3 juta orang telah mengalami masalah kecacatan kekal disebabkan kusta dalam satu-satu masa.[5] 20 tahun yang lepas, 15 juta orang seluruh dunia telah pulih dari jangkitan kusta.[6]Kusta dahulunya tidak dapat diubati dan amat mencacatkan. Pesakit kusta akan disingkir dan diasingkan di penempatan kusta. Pada masa kini, kusta mudah dirawat dengan menggunakan terapi pelbagai antibiotik. Cabaran utama bagi usaha menghapuskan penyakit kusta adalah untuk sampai kepada penduduk yang masih belum menerima perkhidmatan terapi pelbagai dadah, memperbaiki pengesanan penyakit, dan membekalkan pesakit dengan perkhidmatan berkualiti tinggi dan dadah yang murah.Selain manusia, haiwan lain yang diketahui mengidap kusta adalah armadilo.(baca: tenggiling eksotik)

Rujukan

WikiPedia: Penyakit_kusta http://icd9.chrisendres.com/index.php?action=searc... http://www.diseasesdatabase.com/ddb8478.htm http://www.emedicine.com/derm/topic223.htm http://www.emedicine.com/med/topic1281.htm http://www.emedicine.com/neuro/topic187.htm http://www.time.com/time/magazine/article/0,9171,9... http://www.cdc.gov/ncidod/dbmd/diseaseinfo/hansens... //www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/10255067 //www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/7577430 http://www.nlm.nih.gov/cgi/mesh/2020/MB_cgi?field=...