Penyambung_RCA
Penyambung_RCA

Penyambung_RCA

Templat:RedirPenyambung RCA, adakalanya dipanggil cinch plug atau lotus plug, ialah sejenis penyambung elektrik yang biasa digunakan di pasaran audio/video. Nama "RCA" dipetik dari "Radio Corporation of America", iaitu pihak yang memperkenalkan rekaannya pada awal 1940-an untuk membolehkan pemain phonograf beraudio mono disambungkan dengan amplifier.Bagi kebanyakan aplikasi audio lain, penyambung RCA beransur-ansur menggantikan palam bicu yang selama ini menguasai bidang teknologi audio, ketika fideliti tinggi komponen mula disambut hangat pada 1950-an.Palam yang sepadan dengannya dipanggil palam RCA atau palam fono, untuk "fonograf". Nama "palam fono" sering dikelirukan dengan "palam fon" iaitu palam bicu atau penyambung TRS.