Penyanyi

Suara LelakiKaitanPenyanyi merujuk kepada ahli muzik yang menggunakan suaranya untuk menghasilkan muzik. Kebiasaannya, nyanyian hanya merujuk kepada melodi suara sahaja, namun istilah "vokalis" merangkumi makna yang serupa dengan merujuk kepada bunyi-bunyi bukan melodi, termasuk penggunaan suara sebagai sebahagian gubahan muzik. Sebagai contoh, percakapan death grunt, dan rapping tergolong dalam istilah nyanyian vokal.Penyanyi utama ialah seorang yang menyanyikan vokal utama dalam sesebuah lagu manakala penyanyi iringan atau penyanyi latar belakang menyanyikan vokal sokongan untuk lagu tersebut. Pengecualian dibuat kepada satu kumpulan 5 penyanyi untuk muzik a cappella gospel yang mana penyanyi utama menyanyikan dengan suara yang tertinggi antara lima suara, tetapi tidak menyanyikan melodi yang sama dengan empat penyanyi-penyanyi lain.Dalam muzik klasikal dan opera Eropah, suara dilayan sama seperti alat muzik. Penggubah-penggubah menulis muzik untuk alat-alat muzik dengan memahami sifat-sifat vokal penyanyinya. Penyanyi-penyanyi membina kerjaya mereka dengan mengkhususkan dalam gaya-gaya muzik yang tertentu.