Penyerahan_kalah_Jepun
Penyerahan_kalah_Jepun

Penyerahan_kalah_Jepun

Jepun menyerah kalah pada bulan Ogos 1945 menandakan berakhirnya Perang Dunia Kedua. Tentera Laut Imperial Jepun secara efektif sudah tidak wujud sejak Ogos 1945, sementara Serangan Sekutu terhadap Jepun hanya menunggu masa. Walaupun keinginan untuk melawan hingga titik penghabisan dinyatakan secara terbuka, pemimpin Jepun dari Majlis Penasihat Tertinggi Perang secara peribadi memohon Kesatuan Soviet untuk berperanan sebagai perantaraan dalam perjanjian damai dengan syarat-syarat yang menguntungkan Jepun. Sementara itu, Kesatuan Soviet juga bersiap-siap untuk menyerang Jepun dalam usaha memenuhi janji kepada Amerika Syarikat dan Ingeris dalam Persidangan Yalta.Pada 6 Ogos dan 9 Ogos, Amerika Syarikat menjatuhkan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki. Pada 9 Ogos, Kesatuan Soviet melancarkan serbuan mendadak ke koloni Jepun di Manchuria (Manchukuo) yang melanggar Pakatan Berkecuali Soviet–Jepun. Maharaja Hirohito campur tangan setelah berlaku dua peristiwa mengejutkan tersebut, dan memerintahkan Dewan Penasihat Tentera untuk menerima syarat-syarat yang ditawarkan Pihak Berikat dalam Perisytiharan Potsdam. Setelah berlangsung perundingan di belakang tabir selama beberapa hari, dan cubaan rampasan kuasa yang gagal, Maharaja Hirohito menyampaikan titah radio di hadapan rakyat pada 15 Ogos 1945. Dalam titah radio yang disebut Gyokuon-hōsō (Siaran Suara Maharaja), Hirohito membacakan Perintah Empayar tentang Penyerahan kalah, sekaligus mengumumkan kepada rakyat baginda bahawa Jepun telah menyerah kalah.Pendudukan Jepun oleh Pemerintah Tertinggi Kuasa Bersekutu bermula dari 28 Ogos. Upacara Penyerahan Kalah diadakan pada 2 September 1945 di atas kapal tempur Amerika Syarikat Missouri. Dokumen Penyerahan kalah Jepun yang ditandatangani hari itu oleh pejabat pemerintah Jepun secara rasmi mengakhiri Perang Dunia Kedua. Penduduk awam dan anggota tentera di negara-negara Bersekutu merayakan Hari Kemenangan ke atas Jepun (V-J Day). Walaupun demikian, sebahagian pos komando terpencil dan kakitangan tentera dari kawasan serata Asia menolak tawaran ini selama berbulan-bulan bahkan hingga bertahun-tahun setelah Jepun menyerah kalah. Sejak penyerahan kalah Jepun berlaku, sejarawan terus berhujah pendapat mengenai etika penggunaan bom atom untuk menghentikan peperangan tersebut.