Penyiaran ialah
pengedaran isyarat audio dan/atau
video yang memancarkan rancangan kepada audiens, baik orang ramai mahupun golongan-golongan tertentu. Terdapat pelbagai jenis sistem penyiaran yang berbeza-beza keupayaannya. Sistem penyiaran yang terkecil merupakan sistem
siar raya berinstitusi yang memancarkan perbualan dan muzik dalam lingkungan tempat-tempat terbatas seperti sekolah atau hospital, dan
stesen radio atau
televisyen berkuasa rendah yang memancarkan program dalam kawasan setempat yang kecil. Penyiar radio dan televisyen kebangsaan menikmati liputan seluruh negara melalui menara pemancar ulang, sistem satelit dan edaran kabel. Penyiaran radio dan televisyen satelit boleh meliputi kawasan-kawasan sebesar seluruh benua, manakala saluran
Internet boleh mengedar teks atau audio dan video berstrim ke seluruh dunia. Kemudahan Internet juga boleh digunakan untuk mengedar kandungan audio dan/atau video sama ada dalam bentuk
penstriman atau
siniar.Turutan kandungan dalam penyiaran dipanggil
jadual. Seperti ikthiar teknologi yang lain, lahirnya istilah-istilah teknikal berkenaan penyiaran. (Rujuk
istilah-istilah penyiaran) Rancangan
televisyen dan
radio diedarkan melalui penyiaran radio atau
cable, atau kedua-duanya serentak. Dengan mengekodkan isyarat dan memiliki kelengkapan
penyahkodan di
rumah, kelengkapan penyahkodan juga membolehkan penerimaan perkhidmatan saluran
berlanggan dan
pay-per-view.Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan oleh stesen-stesen untuk bersiaran secara berterusan dan cekap, setiap satunya berbeza mengikut cara pembiayaannya:Penyiar boleh bergantung pada lebih daripada satu
model perniagaan tersebut.