People_(majalah)

People merupakan majalah minggu Amerika Syarikat mengenai cerita pesona dan selebriti, yang diterbitkan oleh Time Inc. Dengan jumlah pembaca seramai 46.6 orang dewasa, People mempunyai pembaca teramai dari mana-mana majalah yang lain di Amerika Syarikat.[3] Pada tahun 2011, People mengutip keuntungan dari pengiklanan sebanyak had $997 juta dan menjadikan kutipan pengiklanan terbesar dari mana-mana majalah yang lain.[4] Pada tahun 2006, ia terjual sebanyak 3.75 juta.[5] Ia telah dinamakan sebagai "Majalah Tahunan" oleh Advertising Age pada Oktober 2005, untuk kecemerlangan penyuntingan, jualan dan pengiklanan.[6]Laman web People memfokuskan kepada berita selebriti dan cerita pesona. Pada Februari 2015, laman web tersebut mencapai rekod baharu apabila menerima 72 juta pelawat unik. [7][8]Selain itu, majalah People terkenal dengan isu khas tahunan yang dinamakan "World's Most Beautiful," "Best & Worst Dressed" dan "Sexiest Man Alive". Ibu pejabat majalah ini terletak di New York dengan biro penyuntingan berada di Los Angeles dan London. Atas alasan ekonomi, biro di Austin, Miami, dan Chicago terpaksa ditutup pada tahun 2006.[5][6]