Perampasan pesawat ialah
penyitaan sesebuah
pesawat, baik oleh seorang perorangan mahupun oleh sekumpulan orang. Dalam kebanyakan kes,
juruterbangnya dipaksa terbang mengikut arahan perampas. Bagaimanapun, terdapat juga kes bahawa perampas sendiri memandu pesawat. Dalam sekurang-kurangnya satu kes, sebuah pesawat dirampas oleh juruterbang rasmi sendiri.
[1][2]Berbeza dengan perampasan
kenderaan darat atau
kapal, perampasan pesawat biasanya tidak dilakukan untuk merampas
barang muatan. Kebanyakan perampasan pesawat dilakukan untuk menggunakan penumpangnya sebagai
orang tebusan. Niatnya berbeza-beza daripada menuntut pembebasan
banduan yang tertentu (contoh yang paling terkenal merupakan
Penerbangan 814 Indian Airlines) hingga menonjolkan
ketidakpuasan hati sesuatu komuniti (misalnya
Penerbangan 8969 Air France). Ia juga boleh dilakukan supaya menggunakan pesawat sebagai
senjata bagi menyasarkan sesuatu lokasi (yang paling terkenal ialah
serangan 11 September 2001). Perampas yang lain juga menahan orang tebusan untuk mendapatkan
wang tebusan.Kebanyakan perampasan yang melibatkan orang tebusan menyebabkan satu siri perundingan antara perampas dan pihak berkuasa, disusuli oleh sesetengah bentuk penyelesaian. Bagaimanapun, penyelesaian itu tidak selalu memenuhi apa yang dituntut oleh perampas pada asalnya. Jika perampas masih tidak ingin
menyerahkan diri,
pasukan khas yang bersenjata sering digunakan oleh pihak berkuasa untuk menyelamatkan orang tebusan (misalnya
Operasi Entebbe).