Perancis
Perancis

Perancis

Perancis, secara rasmi dipanggil Republik Perancis (Bahasa Perancis: République française [ʁepyblik fʁɑ̃sɛz]), ialah sebuah negara di mana wilayah metropolitannya (dipanggil Perancis Metropolitan) terletak di Eropah Barat. Negara ini juga dibentuk oleh pulau-pulau dan wilayah yang terletak di benua-benua yang lain, yang dipanggil Wilayah Luar Negeri Perancis.Perancis Metropolitan, iaitu wilayah Perancis yang utama, bersempadan dengan Teluk Biscay dan Selat Inggeris, antara Belgium dan Sepanyol, tenggara United Kingdom; bersempadan dengan Laut Mediterranean, antara Itali dan Sepanyol. Wilayah ini juga mempunyai sempadan dengan negara Belgium, Jerman dan Luxembourg di sebelah timur laut; Switzerland di sebelah timur; Itali dan Monaco di sebelah tenggara; dan Andorra dan Sepanyol di sebelah barat daya. Selain itu, Wilayah Luar Negeri Perancis Guiana Perancis juga berkongsi sempadan darat dengan Brazil dan Suriname, dan Saint-Martin pula bersempadan dengan Antillen Belanda. Perancis dihubungkan dengan United Kingdom melalui Terowong Selat, yang berlalu di bawah Selat Inggeris.Perancis adalah antara anggota pertama Kesatuan Eropah, ahli NATO, dan ahli tetap Majlis Keselamatan PBB.

Perancis

Zon masa UTC+1 (CET)
Ibu kota Paris
Pemerintahan Republik Semiberpresiden
• Anggaran 2007 64,102,140 (ke-20)
• Per kapita $35,404 (ke-18)
Kod panggilan 33
Bahasa rasmi Bahasa Perancis
• Total $2.232 trilion (ke-6)
• Republik kelima 1958
KDNK (PPP) Anggaran 2006 
Mata wang Euro (€), CFP franc1 (EUR, XPF)
HDI (2004) 0.942
sangat tinggi · ke-16
• Perdana Menteri Édouard Philippe
• Air (%) -
Internet TLD .fr
• Presiden Emmanuel Macron
• Musim panas (DST) UTC+2 (CEST)