Perancis_Baru
Perancis_Baru

Perancis_Baru

Untuk monarki berhayat pendek di Amerika Selatan, sila lihat Araucania dan Patagonia. Untuk jajahan yang dituntut oleh Marquis de Rays untuk wujud di New Ireland, lihat Ekspedisi De Rays.Perancis Baru atau New France (Bahasa Perancis: la Nouvelle-France) merujuk kepada sebuah kawasan jajahan Perancis yang terletak di Amerika Utara. Ia bermula pada masa penjelajahan di Sungai Saint Lawrence oleh Jacques Cartier tahun 1534, sehingga Perancis Baru diserahkan kepada Sepanyol dan United Kingdom pada tahun 1763. Semasa zaman kemuncaknya pada tahun 1712 (sebelum Traktat Utrecht), kawasan Perancis Baru terbentang dari Newfoundland hingga Pergunungan Rocky dan dari Teluk Hudson hingga ke Teluk Mexico. Kawasan tersebut kemudian berpecah menjadi 5 buah jajahan yang memiliki pemerintahan sendiri, iaitu Kanada, Akadia, Teluk Hudson, Newfoundland dan Louisiana.