Perang Goth (535-554)

Perang Goth adalah peperangan yang berlangsung di Itali dan wilayah-wilayah di sekitarnya seperti Dalmatia, Sardinia, Sicily, dan Corsica mula tahun 535 sampa tahun 554 antara pasukan Empayar Rom Timur dan pasukan Kerajaan Ostrogoth. Secara umum, perang ini dibahagi menjadi dua fasa. Fasa pertama (535–540) berakhir dengan jatuhnya Ravenna dan penaklukan Itali oleh pasukan Byzantine, sementara fasa kedua (540/541–553) berciri perlawanan bangsa Goth yang dikobarkan kembali oleh Totila. Perlawanan tersebut baru bisa ditundukkan setelah peperangan panjang yang dilancarkan oleh Narses, yang juga berjaya menggagalkan serangan FrankaAlamanni pada tahun 554. Kendati demikian, bandar-bandar di Itali Utara masih meneruskan perlawanan hingga awal tahun 560-an. Perang ini diawali oleh cita-cita Maharaja Justinianus untuk merebut kembali wilayah-wilayah wilayah Empayar Rom Barat yang lepas akibat pencerobohan suku-suku barbar pada awal abad sebelumnya (lihat juga Masa Migrasi) . Tempoh peperangan yang cukup lama mengakibatkan kehancuran Itali dan penurunan penduduk Itali dari 7 juta orang menjadi 2,5 juta jiwa sebagai akibat dari peperangan, kelaparan, dan wabak penyakit. Selain itu, kekayaan Empayar Byzantine juga berkurangan. Akibatnya, Byzantine tidak dapat bertahan dari serbuan bangsa Lombardy pada tahun 568, yang mengakibatkan lepasnya sebahagian besar daerah Itali.

Perang Goth (535-554)

TarikhLokasiKeputusanPerubahanwilayah
Tarikh535554
Lokasi
KeputusanKemenangan Byzantine
Perubahan
wilayah
Perebutan di Itali dan Dalmatia
Tarikh 535554
Lokasi
Keputusan Kemenangan Byzantine
Perubahanwilayah Perebutan di Itali dan Dalmatia