Perang Punic Ketiga
Perang Punic Ketiga

Perang Punic Ketiga

Perang Punic Ketiga (149 SM hingga 146 SM) adalah perang ketiga dan terakhir yang berlaku di dalam Perang-perang Punic di antara bekas jajahan Phoenicia di Carthage, dengan Republik Rom. Perang-perang Punic mendapat namanya dari nama Rom purba bagi orang Carthage: Punici, atau Poenici.Perang ini merupakan satu pertempuran dalam skala yang lebih kecil berbanding dua peperangan Punic sebelumnya. Ia terdiri dari satu pertempuran sahaja iaitu Pertempuran Carthage, yang menyebabkan kota Carthage musnah sepenuhnya, pendudukan wilayah Carthage yang selebihnya oleh Rom, dan kematian atau perhambaan ke atas keseluruhan rakyat Carthage. Perang Punic Ketiga juga menamatkan kewujudan kemerdekaan Carthage.