Perang Salib Kedua
Perang Salib Kedua

Perang Salib Kedua

Perang Salib Kedua (1145-1149) adalah Perang Salib utama yang dilancarkan dari Eropah bermula pada tahun 1145 sebagai tindak balas terhadap kejatuhan Wilayah Edessa pada tahun sebelumnya. Edessa adalah bandar salib pertama yang ditubuhkan semasa Perang Salib Pertama (1095-1099) tetapi yang pertama jatuh. Perang Salib Kedua diisytiharkan oleh Paus Eugene III dan adalah yang pertama dipimpin oleh Raja dari Eropah khasnya Louis VII dari Perancis dan Conrad III dari Jerman dengan pertolongan pembesar-pembesar Eropah yang lain. Tentera kedua-dua raja tersebut mara berasingan merentasi benua Eropah tetapi terhalang seketika oleh tindakan Maharaja Byzantine Manuel I Komnenos. Selepas melintasi wilayah Byzantine ke Anatolia, kedua-dua pasukan tentera ini dikalahkan oleh Turki Seljuk. Louis dan Conrad bersama saki-baki tentera mereka sampai ke Jerusalem (Baitulmuqaddis) tetapi gagal dalam usaha menyerang Damsyik pada tahun 1148. Kekalahan tentera salib di timur adalah kemenangan besar orang Islam. Ini membawa kepada kejatuhan Jerusalem dalam Perang Salib Ketiga pada akhir kurun ke-12.Satu-satunya kejayaan yang dicapai tentera salib adalah di Mediterranean. Ketika bangsa Flem, Frisia, Norman, Inggeris, Scotland, dan beberapa tentara salib Jerman, melakukan perjalanan menuju Jerusalem dengan kapal, mereka berhenti dan membantu bangsa Portugis merebut Lisbon pada tahun 1147. Beberapa di antara mereka, yang telah berangkat lebih awal, membantu merebut Santarém pada tahun yang sama. Mereka juga membantu menguasai Sintra, Almada, Palmela dan Setúbal, dan dipersilakan untuk tinggal di tanah yang telah ditakluk. Sementara itu, di Eropah Timur, Perang Salib Utara dimulai dengan usaha untuk merubah orang-orang pagan menjadi Kristian, dan perjuangan ini berlangsung selama berabad-abad lamanya.

Perang Salib Kedua

Tarikh 1145-1149
Lokasi Iberia, Timur Dekat (Anatolia, Levant, Palestin), Mesir
TarikhLokasiHasilPerubahanwilayah
Tarikh1145-1149
LokasiIberia, Timur Dekat (Anatolia, Levant, Palestin), Mesir
HasilKegagalan menawan Wilayah Edessa. Permusuhan lebih hebat antara Negara Salib dengan empayar Muslim. Penaklukan Lisbon, kejatuhan Al-Murabitun dan kenaikan Al-Muwahhidun. Perjanjian keamanan antara Empayar Byzantine dan Turki Seljuk. Ketegangan bertambah antara Empayar Byzantine dan Tentera Salib. Permulaan kemaraan Tentera Salib ke Mesir.
Perubahan
wilayah
Status quo ante bellum
Perubahanwilayah Status quo ante bellum
Hasil Kegagalan menawan Wilayah Edessa. Permusuhan lebih hebat antara Negara Salib dengan empayar Muslim. Penaklukan Lisbon, kejatuhan Al-Murabitun dan kenaikan Al-Muwahhidun. Perjanjian keamanan antara Empayar Byzantine dan Turki Seljuk. Ketegangan bertambah antara Empayar Byzantine dan Tentera Salib. Permulaan kemaraan Tentera Salib ke Mesir.