Perang Salib Kelapan

Tentera SalibMuslimPerang Salib Kelapan ialah satu Perang Salib yang dilancarkan oleh Raja Perancis Louis IX pada tahun 1270. Perang Salib Kelapan kadang kala dihitung sebagai Perang Salib Ketujuh sekiranya Perang Salib Kelima dan Perang Salib Keenam yang dilancarkan Frederick II dikira sebagai satu perang salib tunggal. Perang Salib Kesembilan juga kadang kala dikira sebagai sebahagian daripada Perang Salib Kelapan. Louis berasa tidak senang duduk dengan peristiwa-peristiwa yang terjadi di Syria yang di sana sultan Mamluk bernama Baibars telah menyerang saki-baki negeri tentera salib. Baibars merebut peluang setelah perperangan sesama sendiri antara bandar-bandar Venice dan Genoa (1256–1260) telah melemahkan pelabuhan-pelabuhan Syria yang dikuasai kedua-dua buah bandar tersebut. Pada tahun 1265, Baibars telah menakluki Nazareth, Haifa, Toron, dan Arsuf. Hugh III dari Cyprus, raja Jerusalem pada nama, telah mendarat di Acre bagi mepertahankan bandar tersebut manakala Baibars mara ke utara sejauh Armenia yang berada dalam penguasaan Mongol pada masa itu. Peristiwa-peristiwa ini memaksa Louis melancarkan satu perang salib baru pada tahun 1267, walaupun hanya menerima sedikit sokongan; Jean de Joinville, pembabad yang menemani Louis dalam Perang Salib Ketujuh enggan menyertai perang salib baru ini. Tidak lama kemudian Louis dipujuk oleh saudara lelakinya Charles dari Anjou untuk menyerang Tunis terlebih dahulu yang dapat memberi pangkalan yang kuat kepada mereka untuk menyerang Mesir, fokus Louis dalam Perang Salib Keenam dan juga dalam Perang Salib Kelima sebelumnya, yang menyaksikan kekalahan Tentera Salib. Sebagai Raja Sicily, Charles juga memiliki kepentingan sendiri di dalam kawasan Mediterranean. Khalifah Tunis, Muhammad I al-Mustansir juga mempunyai hubungan dengan Sepanyol dan dianggap sebagai calon yang sesuai untuk kemasukan ke dalam agama Kristian. Pada tahun 1270, Louis mendarat di atas pantai Afrika dalam bulan Julai, satu musim yang amat tidak sesuai untuk pendaratan. Ramai tentera menjadi sakit akibat kekurangan air minuman, anaknya yang dilahirkan di Damietta John Sorrow meninggal dunia pada 3 Ogos dan pada 25 Ogos[1] Louis sendiri meninggal dunia akibat "fluks di dalam perut", sehari selepas ketibaan Charles. Kata-kata terakhirnya ialah "Baitul Maqdis". Charles mengisytiharkan anak Louis, Philip III sebagai raja yang baru, tetapi disebabkan dia masih muda, Charles bertindak sebagai pemimpin sebenar perang salib ini.Akibat penyakit yang berlanjutan, kepungan terhadap Tunis diabaikan pada 30 Oktober melalui satu persetujuan dengan sultan tersebut. Dalam persetujuan ini, orang Kristian memperolehi kebebasan berdagang dengan Tunis, dan kediaman untuk rahib dan paderi di dalam bandar tersebut dijamin keselamatannya, jadi perang salib ini dapat dianggap sebagai kejayaan separa. Setelah mendengar berita kematian Louis dan pemindahan tentera salib dari Tunis, Sultan Baibars di Mesir membatalkan rancangannya untuk menghantar pasukan tentera Mesir bagi menentang Louis di Tunis[2]. Charles kini bersekutu dengan Putera Edward dari England yang tiba sementara itu. Apabila Charles menarik balik serangan ke atas Tunis, Edward meneruskan perjalanan ke Acre, kota kara tentera Salib terakhir di Syria. Masanya yang dihabiskan di situ kerap kali dinamakan Perang Salib Kesembilan.

Perang Salib Kelapan

Tarikh 1270
TarikhLokasiKeputusanPerubahanwilayah
Tarikh1270
Lokasi
KeputusanKemenangan mutlak orang Islam.
Kematian Louis IX.
Pembukaan perdagangan dengan Tunis.
Perubahan
wilayah
Status quo ante bellum
Lokasi
Perubahanwilayah Status quo ante bellum
Keputusan Kemenangan mutlak orang Islam.
Kematian Louis IX.
Pembukaan perdagangan dengan Tunis.