Perang Salib Kelima
Perang Salib Kelima

Perang Salib Kelima

Tentera SalibMesirPerang Salib Kelima (1217–1221) merupakan satu cubaan untuk merampas kembali Baitulmuqaddis dan kawasan Tanah Suci selebihnya yang berada di tangan orang Islam dengan langkah pertama menakluki Dinasti Ayyubiah yang kuat di Mesir.Paus Honorius III telah menyusun pasukan-pasukan tentera salib yang diketuai Leopold VI dari Austria dan Andrew II dari Hungary, dan mengatur satu serbuan terhadap Baitulmuqaddis yang pada kesudahannya berada dalam tangan orang Islam. Kemudian pada tahun 1218, sepasukan tentera Jerman yang diketuai Oliver dari Cologne dan satu ketumbukan tentera campuran yang terdiri daripada askar-askar Belanda, Belanda Belgium dan Belanda Jerman yang diketuai oleh William I, Count Holland tiba. Dalam usaha menyerang Damietta di Mesir, mereka bersekutu dengan Kesultanan Seljuk Rûm di Anatolia yang telah menyerang kerajaan Ayyubiah di Syria dalam satu cubaan untuk membebaskan Tentera Salib daripada pertarungan di dua barisan hadapan.Selepas menduduki pelabuhan Damietta, Tentera Salib mara ke selatan menuju ke Kaherah pada Julai 1221, tetapi mereka berpatah balik selepas bekalan mereka yang semakin susut memaksa mereka berundur. Satu serangan mengejut pada waktu malam telah mengakibatkan kehilangan sejumlah besar nyawa tentera salib dan akhirnya penyerahan diri tentera-tentera tersebut. Al-Kamil bersetuju untuk mencapai perjanjian damai selama lapan tahun dengan Eropah.

Perang Salib Kelima

TarikhLokasiKeputusanPerubahanwilayah
Tarikh1217 - 1221
Lokasi
KeputusanPerjanjian damai selama lapan tahun antara Kerajaan Ayyubiah dengan Eropah
Perubahan
wilayah
Damietta jatuh ke tangan Tentera Salib
Tarikh 1217 - 1221
Lokasi
Keputusan Perjanjian damai selama lapan tahun antara Kerajaan Ayyubiah dengan Eropah
Perubahanwilayah Damietta jatuh ke tangan Tentera Salib