Perang Saudara Uthmaniyyah
Perang Saudara Uthmaniyyah

Perang Saudara Uthmaniyyah

Templat:Ottoman Interregnum battlesZaman Peralihan Uthmaniyah, atau Perang Saudara Uthmaniyah[1] (20 Julai 14025 Julai 1413; Bahasa Turki: Fetret Devri, "Zaman Peralihan"), merujuk pada sebuah perang saudara di empayar Uthmaniyyah yang berlaku di antara anak lelaki kepada Sultan Bayezid I selepas kekalahan bapa mereka kepada panglima perang daripada Asia Tengah iaitu Timur dalam Pertempuran Ankara pada 20 Julai 1402. Meskipun Mehmed Çelebi telah disahkan menjadi sultan oleh Timur, abang-abang beliau İsa Çelebi, Musa Çelebi, Süleyman Çelebi, dan kemudian Mustafa Çelebi, enggan mengakui kekuasaan beliua, yang mana setiap orang menuntut takhta untuk diri mereka sendiri.[2] yang mana kemudian menyebabkan tercetusnya perang saudara. Zaman Peralihan ini berlangsung selama 11 tahun sehingga Pertempuran Çamurlu pada 5 Julai 1413, apabila Mehmed Çelebi muncul sebagai pemenang dan mengistiharkan beliau sebagai sultan Mehmed I, dan memulihkan empayar Uthmaniyah.