Perang Semenanjung
Perang Semenanjung

Perang Semenanjung

Perang Semenanjung[3] (Portugis: Invasões francesas atau Semenanjung Guerra; Sepanyol: Guerra de la independencia española) adalah satu persaingan di antara Perancis dan kuasa-kuasa bersekutu dari Sepanyol, United Kingdom, dan Portugal untuk mengawal Semenanjung Iberia semasa Perang Napoleon. Perang bermula apabila tentera Perancis menyerang Portugal pada tahun 1807 dan Sepanyol pada tahun 1808 dan berlanjutan sehingga Campuran Keenam mengalahkan Napoleon I dari Perancis pada tahun 1814.Peperangan Semenanjung bertindan dengan apa yang disebut dalam dunia penutur Sepanyol sebagai Guerra de la Independencia Española (Peperangan Kemerdekaan Sepanyol), yang bermula dengan Kebangkitan Dos de Mayo pada 2 Mei 1808 dan berakhir pada 17 April 1814. Pendudukan pihak Perancis meranapkan pentadbiran Sepanyol, yang berpecah kepada junta wilayah. Dalam tahun 1810, kerajaan kebangsaan yang dibentuk semula, yakni Cádiz Cortes—sebenarnya kerajaan dalam buangan—berkubu di bandar Cádiz akan tetapi tidak dapat membentuk angkatan tentera kerana bandar tersebut sedang dikepung 70,000 orang tentera Perancis. Angkatan-angkatan British dan Portugal akhirnya berjaya mengawal Portugal, dan menggunakan negara itu sebagai tempat untuk melancarkan kempen menentang tentera Perancis dan untuk menghulurkan bantuan bekalan kepada orang Sepanyol, sementara tentera dan gerila Sepanyol mengekang sebilangan besar tentera Perancis. Angkatan bersekutu yang terdiri daripada tentera biasa dan anggota separa tentera berjaya menghalang marsyal-marsyal Napoleon daripada mengawal wilayah-wilayah Sepanyol yang memberontak dengan menghambat perancis daripada mengawal wilayah dan perang berterusan dengan kebuntuan tentera buat bertahun-tahun.[4]Pertempuran di Sepanyol amat membebankan Grand Armée Perancis. Sementara Perancis berjaya dalam pertempuran, talian perhubungan dan bekalan mereka diasak dengan hebat dan unit-unut mereka sering terpisah, terasak ataupun ditewaskan partisan. Tentera-tentera Sepanyol dikalahkan berkali-kali dan diusir ke wilayah pinggiran, akan tetapi sering kali mereka akan berkumpul semula dan terus mengasak tentera Perancis. Ketirisan sumber Perancis ini akhirnya mendorong Napoleon, yang tanpa disedarinya telah mencetuskan peperangan total, untuk menggelar kempen ini Ulser Sepanyol.[5][6]Angkatan British, di bawah pimpinan Arthur Wellesley mengawal Portugal dan berkempen menentang Perancis di Sepanyol bersama-sama tentera Portugal yang dibentuk semula. Tentera Portugal, yang hilang semangat, bersekutu dengan British dan diatur serta dilengkapkan semula di bawah perintah Jeneral William Carr Beresford,[7] yang dilantik sebagai panglima tertinggi angkatan-angkatan Portugal oleh kerabat diraja Portugal yang berada dalam buangan, dan bertempur sebagai sabahagian daripada tentera Inggeris-Portugal di bawah Wellesley. dalam tahun 1812, sambil Napoleon melancarkan kempen serangan terhadap Rusia yang akhirnya menjadi malapetaka buat Perancis, sebuah angkatan gabungan di bawah Wellesley menyerang masuk ke dalam Sepanyol dan menawan Madrid. Marsyal Jean-de-Dieu Soult mengetuai gerakan pengunduran tentera Perancis yang sudah keletihan dan hilang semangat merentasi banjaran Pyrenees dan masuk semula ke dalam wilayah Perancis pada musim sejuk 1813-1814.Peperangan dan revolusi menetang pendudukan Napoleon membawa kepada Perlembagaan Sepanyol tahun 1812 yang kemudiannya menjadi tonggak utama liberalisme Eropah.[8] Bebanan yang didatangkan perang merosakkan struktur sosial dan ekonomi Portugal dan Sepanyol, dan membawa kepada era kekacauan sosial, ketidakstabilan politik dan genangan ekonomi. Perang saudara antara pihak liberal dan puak penyokong sistem raja mutlak yang diketuai para pegawai yang terlatih semas Peperangan Semenanjung berkekalan sehingga tahun 1850. Kesan kumulatif krisis dan gangguan ekoran serangan, revolusi, dan pengembalian membawa kepada kemerdekaan kebanyakan koloni Amerika Sepanyol dan kemerdekaan Brazil dari Portugal.

Perang Semenanjung

Lokasi
TarikhLokasiKeputusan
Tarikh2 Mei, 1808 (kadang kala 27 Oktober, 1807[1]) – April 17, 1814[2]
Lokasi
KeputusanPerjanjian Valençay: pengembalian semula Ferdinand VII;
Keamanan Fontainebleau: penurunan takhta Napoleon dan pembubaran Empayar Perancis
Tarikh 2 Mei, 1808 (kadang kala 27 Oktober, 1807[1]) – April 17, 1814[2]
Keputusan Perjanjian Valençay: pengembalian semula Ferdinand VII;
Keamanan Fontainebleau: penurunan takhta Napoleon dan pembubaran Empayar Perancis