Perang Soviet di Afghanistan
Perang Soviet di Afghanistan

Perang Soviet di Afghanistan

Suatu peperangan antara pihak Kesatuan Soviet dengan para Mujahidin Afghanistan meletus selama sembilan tahun dari Disember 1979 ke Februari 1989; di mana pihak Soviet berusha mempertahankan pemerintah Marxis disokongnya iaitu Republik Rakyat Demokratik Afghanistan manakala para mujahidin mendapat sokongan dari banyak negara, antara lainnya Amerika Syarikat dan Pakistan.Pasukan Soviet pertama kali sampai di Afghanistan pada tarikh 25 Disember 1979, dan pengeluaran pasukan terkini berlaku pada tarikh 2 Februari 1989. Kesatuan Soviet lalu mengumumkan bahawa semua pasukan mereka sudah ditarik dari Afghanistan pada tarikh 15 Februari 1989. Kerana banyaknya kos dan akhirnya kesia-siaan konflik ini, Perang Soviet-Afghanistan sering disamakan sebagai padanan Kesatuan Soviet daripada Perang Vietnam Amerika Syarikat.Sebanyak antara 562,000[1] hingga 2,000,000 orang awam yang terkorban dalam konflik ini sementara jutaan orang lain melarikan diri[2][3][4][5] ke Pakistan dan Iran. Perang ini sendirinya memberikan kesan yang sangat besar malah merupakan salah satu faktor berlakunya runtuhnya rejim Kesatuan Soviet pada tahun 1991.

Rujukan

WikiPedia: Perang Soviet di Afghanistan http://video.google.ca/videoplay?docid=-1407568782... http://www.afghan-web.com/history/articles/hypocri... http://www.bethanylacina.com/LacinaGleditsch_newda... http://users.erols.com/mwhite28/warstat2.htm#Afgha... http://www.inglesnoexterior.com/dictionary.aspx?q=... http://www.lycos.com/info/afghanistan--soviet-unio... http://isd.georgetown.edu/Afghan_1_WR_group.pdf http://gl.iit.edu/govdocs/afghanistan http://law.upenn.edu/~ekohlman/afghanistan.pdf http://lcweb2.loc.gov/cgi-bin/query/r?frd/cstdy:@f...