Perang Ullais

Perang Ullais yang juga dikenali sebagai Perang Sungai Darah. Berlaku pada bulan Mei 633M. Selepas tewasnya tentera Parsi kepada tentera Islam di Perang Walaja, tentera Parsi yang terselamat melarikan diri ke Ullais (10 batu dari Walaja). Pada awalnya tentera Islam tidak menganggap saki baki tentera Parsi itu boleh membawa ancaman. Namun setelah mendapat berita bahawa kerajaan Hirah menghantar sejumlah tentera sehingga kekuatan saki baki tentera Parsi tadi bergabung dengan tentera Hirah mencecah sehingga 30,000 orang, Panglima Besar Khalid ibn al-Walid memimpin tenteranya melintasi Sungai Khasif dan menuju ke Ullais dengan kekuatan seramai 15,000 orang. Sayap kiri diketuai oleh Panglima Asim ibn Amr dan sayap kanan diketuai oleh Panglima Adi ibn Hatim. Sebagai persediaan, tentera Parsi dipimpin oleh Panglima Besar Abdul Aswad yang berketurunan Arab dengan dibantu oleh Panglima Jaban dan Panglima Abjar. Setelah mendapat maklumat risikan daripada Panglima Muthanna ibn Harith, Panglima Besar Khalid ibn al-Walid bergerak ke arah Ullais dan bertempur secara berdepan tanpa pendekatan taktikal yang khusus memandangkan Ullais berada di antara Sungai Khasif dan Sungai Furat. Namun begitu, seperti biasa, Khalid menggunakan tentera berkudanya untuk menewaskan tentera Parsi Sassanid ini. Walaupun begitu, peperangan ini mengambil masa selama tiga hari berikutan tentangan hebat daripada Abdul Aswad sehinggakan Khalid ibn al-Walid memuji kekentalan musuhnya di dalam peperangan ini. Beliau berkata"Ketika Perang Mu'tah, aku telah menggunakan sembilan bilah pedang. Tetapi aku tidak pernah bertempur dengan tentera musuh sepertimana aku bertempur dengan tentera Parsi. Di kalangan tentera Parsi, aku tidak pernah bertempur sepertimana aku bertempur dengan tentera di Ullais"Akhirnya, peperangan ini dimenangi oleh tentera Islam dengan Abdul Aswad dapat dibunuh oleh Khalid ibn al-Walid sendiri.

Perang Ullais

Tarikh Mei 633M
TarikhLokasiKeputusanPerubahanwilayah
TarikhMei 633M
Lokasi
Berdekatan Sungai Furat
KeputusanKemenangan tentera Islam
Perubahan
wilayah
Kawasan pesisir Sungai Furat dikuasai oleh tentera Islam
Lokasi
Berdekatan Sungai Furat
Perubahanwilayah Kawasan pesisir Sungai Furat dikuasai oleh tentera Islam
Keputusan Kemenangan tentera Islam